Apa itu Perancangan Bandar dan Wilayah
Assalamualaikum semua dah lama aku tak update blog aku ni. Semenjak Malaysia ni tengah buat perintah kawalan pergerakan aku tak tau dah nak buat apa. Last2 aku teringat pula aku ada blogger yang memang dah lama gila x aktif... Aku pun sibuk dengan thesis dan studio semester akhir ni kena pulak Malaysia perintah kawalan pergerakan... Mesti korang tertanya2 aku ambik course ape kan. Aku ambik course Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah... Apa itu Perancangan Bandar dan Wilayah?
Kalau kita google mesti ade kait rapat dengan sains dan seni seperti satu definisi ini "Perancangan Bandar merupakan satu seni dan sains mengenai cara mengaturkan kegunaan tanah dan cara meletakkan bangunan serta laluan perhubungan agar memperolehi penjimatan, keselesaan dan keindahan diperas yang praktik" (Lewis Keeble, Principle and Practice of Town and Country Planning’, 1969). Bagi pendapat dan pemahaman aku pulak perancangan bandar adalah dapat melibatkan satu perancangan di masa akan datang yang akan dapat menampung penduduk dan keselesaan kepada penduduk akan datang... Di samping itu dapat memajukan dan meningkatkan ekonomi bandar dan sosial sesuatu tempat... skop kerja perancang bandar ni amat luas... Tapi harus ingat minat kena ada... kalau tiada minat korang susah nak bawak course pelajaran nie... sebab apa kalau sambung belajar nie korang ada subjek studio... studio tulah subjek paling core di diploma 6 credit hour degree plk 5 kredit hour... tinggi tu credit hour... tapi jangan risau selagi korang rajin korang akan lulus subjek studio nie... mesti korang tertanya2 kat mane lagi universiti yang menyediakan course perancangan bandar dan wilayah nie? Iaitu :-
1. Universiti teknologi Mara
2. Universiti Sains Malaysia
3. Universiti Teknologi Malaysia
4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5. Universiti Malaya
Macam aku dulu aku ambik diploma Perancangan Bandar dan Wilayah di kampus Seri Iskandar, Perak selama 3 tahun termasuk intern sekali... Selepas tu aku sambung lagi dapat lompat sem ke semester 4 selama 2 tahun setengah iaitu dari semester 4 hingga semester 8 termasuk praktikal sekali... Jangan tanye kenapa ade praktikal lagi tu pun aku tak tahu kenapa... Apa2 pun sambung degree nanti korang kena buat thesis... haaa nie satu lagi berkenaan thesis korang startlah awal jangan lewat2kanlah ye... sakitlah korang start lewat thesis nie dik oiii.... Ada ape2 nak tanye korang tanyelah ruangan komen aku nie... nie basic je aku bagi...

Comments
Post a Comment